Thursday, 16 June 2011

Tips menguruskan wang


Macam mana dalam menguruskan wang seharian anda:
  • adakah bagus
  • kurang memberangsangkan
Selepas ini , dengan melihat video tadi mungkin hidup anda akan berubah sepenuhnya. Hidup
juga akan akan menjadi mudah dan semestinya wang anda dapat diuruskan sengan baik.

Ini merupakan antara orang-orang yang kaya:





Jadi selepas ini jangan lupa untuk mengelakkan dari membuat perkara yang berikut:

7 Kesilapan Lazim Dalam Mengurus Wang


JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.
Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”.
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan’ akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.
Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.
Lewat Menabung Untuk Hari TuaUntuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.
Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.
Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
Terlampau Memikirkan Pasal WangDalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.
Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
Jadi selamat beramal daripada saya. 




Thursday, 7 April 2011

7 tips bagi menguruskan wang yang berkesan


Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan kewangan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu' iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas' untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Tetap masih ramai yang tertanya-tanya apakah ‘konsep asas' dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini disertakan beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk diparktikkan oleh para pengguna:


TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan


Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :

  • menyambung pelajaran;
  • membeli sebuah rumah;
  • berkahwin;
  • berbulan madu;
  • perbelanjaan rumahtangga;
  • pendidikan anak-anak;
  • mengerjakan ibadah Haji;
  • perbelanjaan sewaktu persaraan;
  • dan banyak lagi!
Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.

TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja


Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.


TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan


Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.


TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja


Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.


TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)

Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket)  yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.

TIP 6 : Kad Kredit


Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja(overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.

TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!


Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.


Saya seorang pelajar jadi patutkah saya merancang kewangan juga?? Jawapannya adalah YA!

Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.

Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:

Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defesit atau pun anda berhutang.
Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.

- jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.

Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.

Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.

Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Info dari: Harian Metro (Isnin, 17 Ogos 2009, Sumber: Bank Negara Malaysia)

Pandai mencari wang, Kemana Jua Tak terbuang.
Pelajar universiti berlapar
-mampu mengatasi kesulitan pada 
waktu t'tentu skiranya pandai mengurus wang










Jutawan Remaja
-Kehebatan manusia pandai 
mengurus kewangan




Tukang cuci pon boleh.. apa..

Thursday, 31 March 2011

CeLiK wAnG????

APE YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "MASYARAKAT YANG CELIK WANG"


KENAPA PERLU KITA "CELIK WANG"?


APA PERANGCANGAN KITA DALAM MENGURUSKAN WANG?




Untuk pengetahuan semua, sama ada kita sedar atau tidak sedar. Pada masa kini telah banyak berlakunya 
harga barang di masa kini. Oleh itu, kita mestilah bijak dalam mengendalikan wang. Kalau tidak berlakunya pembaziran. Oleh itu, sebagai ibubapa kita mestilah mendidik anak kita dalam menguruskan wang. Kita juga harus, mengamalkan sifat suka menabung. Ini supaya, ia boleh menjadi sebagai wang yang boleh membantu kita pada masa hadapan. Jadi, fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.     =P